nuffnang

Wednesday 10 June 2009

Alam Persekolahan

Alam persekolahan merupakan detik indah yang pernah aku lalui. Aku percaya ramai di kalangan kita mempunyai kenangan manis dan pahit yang tersendiri. Bagiku alam persekolahan adalah waktu yang tak mampu diluahkan dengan lisan mahupun coretan tinta semata-mata. Kemanisannya,hanya kita yang rasai, baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Di alam persekolahan,
kita mula mengenal erti membaca, berkawan, bermain , bercerita, bergaduh, dan macam2 lagi.
Di sini lah kita mengenali erti sebenar ungkapan tersebut.. cuma bezanya antara kita, apakah moment itu manis atau pahit?. Actually, bagiku walaubagaimanapun ia, ia tetap menjadi kenangan indah yang tersemat rapi dalam lipatan memori kita...kerna hanya kita yang merasainya...

   " kita telah makan coklat cadbury, lalu kita ceritakan kepada kawan kita yang belum pernah rasai bagaimana rasanya coklat tersebut. Kita terus berusaha memberitahunya; betol!! coklat tu sangat sedap. sangat manis rasanya. sedap sampai tak sanggup nak makan dah,(risau nanti habis)..hehe.tapi,apakah kawan kita tersebut dapat merasakan kemanisan dan dapat gambarkan bagaimana sedapnya coklat tersebut? sedangkan dia belum pernah merasainya mahupun mengenali rupa coklat itu. ape pun caranya kita berusaha memberitahu kawan kita itu, dia tetap tidak akan tahu, kecuali dia makan dan merasai kenikmatan coklat tersebut dan merasa dengan lidahnya sendiri, baru lah dia benar-benar tahu akan kesahihan kesedapan coklat itu"

Cerita tersebut hanyalah contoh sahaja, tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.heee

Ia adalah kiasan sahaja dimana, kita tetap tidak akan dapat rasainya, jika bukan kita sendiri yang melaluinya. Sebenarnya konsep ini sama saje...

"contohnya,kita pergi belajar memandu, cikgu memandu bukan main meletop bom bom lg dalam kelas bercerita itu ini, kononnya nak bg kita faham, supaya bila kita naik je kereta,terus dapat drive..haha, alangkah besnya kalau macam tu kan..cane pun,kita tetap tak boleh jadi pemandu yang terus boleh memandu tika itu jika bukan kita sendiri yang duduk, memegang stereng, pusing, gerak undur, & jalan kerana dengan semua itu barulah kita dapat belajar dan merasai bagaimana rasanya memandu sebuah kereta itu sendiri."


So, bagi mereka yang masih di alam persekolahan tika ini, gunalah peluang keemasan yang kita ada ini sebaik-baiknya kerana kita sudah sedia maklum berapa ramai lagi mereka di luar sana tu yg ingin belajar di alam persekolahan macam kita...
tapi tak mampu dek kerana kemiskinan, kesihatan dan sebagainya. Adik2 mestilah belajar bersungguh-sungguh dan jangan sesekali lupa akan kedua ibu bapa kita..itu sangat penting!! kerana ia adalah kunci kejayaan kita sebagai seorang insan di dunia ni..



hmm,
lepas khatam darjah 6, mak&ayahku menghantarku ke sekolah menengah ugama.....

my ex school ^_^
::bangunan hadapan mmpp::

Aku adalah seorang anak nelayan...
Tiap2 pagi, mak akan bangun sebelum subuh..menguruskan bekalan dan alatan2 ayah ke laut dan menyiapkan bekalan untuk kami adik beradik ke sekolah.

hmm, waktu sekolah dulu ramai kawan2ku bawa bekal ke sekolah, so bila loceng berbunyi menandakan waktu rehat...kami kelamkabut membuka bekalan masing2 dan makan sama2.sonok sangat...heee

Tahun pertama di sekolah menengah sangat bermakna...setahun aku belajar peralihan..peralihan ni hanya di sekolah arab sahaja. bila masuk tahun ke dua barulah aku naik tingkatan 1. sistemnya berbeza dengan sekolah menengah biasa. teringat pula, dulu kawan2 aku selalu cakap..

"eh,awak tak menyesal ke masuk sekolah arab?,nanti umur awak rugi setahun tau,dah la banyak subject nk kene cover..ish! tak takut ke???"

dialog tu lah yang selalu bermain difikiran mereka...namun bagi ak..ak tak pernah menyesal..ye lah,kenapa nak menyesalkan..kita bukannya buat apa..kita just belajar..biasala tu..lagipun dari dulu lagi ak minat sgt nk masuk sekolah agama...dan itu bukan lah satu masalah lagipun  ak amat berharap suatu hari nanti ak boleh bercakap menggunakan bahasa syurga...bahasa yang digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w..nabi kita...sungguh ak amat berharap..heeeee...u_u

Aku suka sekolah ni sebab semuanya perempuan...
lg 1,ak tak kesah,subjek banyak ke x...bg ku lg banyak lagi bagus...nanti byk benda yang boleh kita belajar kan...

teringat pula time pertama kali dapat buku teks...

oiii mak kau!,manyak nau bukunya....macam mana nak bawa balik ni???!

bunyi suara kawan ak yg berada di baris depan...haha,nak gelak guling2 asenya bila tgk gaye dia bawa buku teks 17 biji tu....bila je giliran ak dapat buku teks, ak terus tgk satu2 judul bukunya....nahu, feqah, tauhid, imlak, insya, sirah.....(@#$%^ sambil mengerutkan kening tanda tidak mengerti ngn tulisan yang tertera di hadapan buku teks tersebut...haha..rindu pulak rasenya...

apa yang penting ak taknak adik2 diluar sana pikir negetif pasal sekolah agama ni...sekolah arab @ menengah biasa sama je act..mb bg pandangan ak lah, bila dpt masuk sek agama ia merupakan satu bonus untuk kt..ak tahu,tak semua yang  minat belajar bahasa arab..tapi terpaksa belajar..dan jg tak semua yang minat bahasa arab ..tapi dapat belajar...hmmm

itulah yang berlaku kt aku....T_T
pertengahan tahun kedua belajar kt mmpp...masalah kewangan menghimpit keluargaku...setelah berbincang...dan berpikir panjang...ak terpaksa mengundur diri dari sekolah tersebut..uwaaaaaaaaaaaaT_T

memandangkan time tu aku baru tahun 2 di sekolah menengah...dan baru tingkatan 1...so ak ambil keputusan untuk tukar sekolah yang berhampiran dengan rumah...
akhirnya...berakhirlah kisahku di mmpp dengan membawa kenangan indah bersama kawan2 yang sangat sangat comel dan sangat2 baik disana....hukhukhukT_T..ghindunya

sweet^_^

::pic ni ak dapat dari kawanku, aini -2 dari kiri..dis time ak dh 3 thn tgglkn mmpp..uwaawaaaT_T::



jeng..jeng..jeng~!@#$%^&*~!@#$%^&......


new school

:: dan ini lah sekolah ak yang seterusnya..& disini jg lah ak menduduki Pep. sijil pelajaran tinggi (spm)::





semuanya masih segar bermain di kotak fikiranku..
suka, duka, gurau dan senda masih terpahat dijiwaku,
disini tempat ku menimba ilmu,
tempat tumpah darahku..




TQ for reading dis entry...semoga sihat selalu:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^