nuffnang

Friday 4 January 2013

Resepi Cheese Tart

Resepi Cheese Tart

Disaat keboringan tahap kaw kaw datang menerjah diri yang 101%  sedang kelaparan, aku cuba me'Log In facebook sementara menanti Inchik Somi pulang dari kerja menuju ke Istana tercinta untuk makan bersama.
Tetiba kemontokan Cheese Tart pada screen laptopku menerjah penglihatan yang hampir kelabu.
Terus birai mata menegang mengeluarkan biji mata yang takdelah berapa besar cam retis bollywood ittew.huhu...
Namun kecantikan pada warna cheese tart itu sudah cukup menggoda nafsu laparku yang sedang haru biru..
agak meroyan di buatnya, Oh sungguh kejam kecantikan Cheese tart disitu! tanpa berlengah terus ku menggeledah tabir-tabir google sehinggalah aku menemui resepi ini dari sumber. So, dun waste ur time... let's try this recepie..hohoohoooo....O__O


Resepi Cheese Tart




Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
  1. 170gm marjerin 
  2. 50gm gula aising
  3. 1 biji telur Gred C
  4. 290gm tepung gandum
  5. 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
  1. 250gm cream cheese 
  2. 50gm gula kastor / gula halus
  3. 1 biji telur Saiz B
  4. ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll (citarasa masing2).




Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  2. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  3. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  4. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  5. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  6. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  7. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  8. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  9. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


~Jom sama-sama kita berasapkan dapur :)~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^