nuffnang

Thursday 19 March 2015

Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 2)

Sambungan dari episod lepas,



sape2 yang terlepas baca posting Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 1) boleh klik disini untuk baca.


Perjalanan berlalu hampir 3jam sudah,
Angin malam makin menggigit tubuh, sejuk menggigil tiada tertahan dan akhirnya rintik-rintik hujan mulai mencium membasahi pipi. Suami didepan... nisa peluk erat, tak tahan kesejukan. sangat-sangat sejuk!

"Bersabar ye, depan tu ada rnr, kita berteduh sana nanti ye" Kata suami, memecah kedinginan subuh.
" Ok." Jawab Nisa ringkas.

"Ok, dah sampai. Eh! muka dah pucat sangat dah ni, Nisa ok tak??
Nisa mengangguk dan hadiahkan senyuman, tanda tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

"Ok2 Nisa rehat dulu, lepastu kita pegi solat ye" katanya sambil membuka helmet dikepala nisa.

"Ok bang, terima kasih" senyum :) !

Alhamdulillah, hujan sekejap je turun membasahi bumi, seolah olah mengerti keadaan kami.
Tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan..Akhirnya, Jam 7.30 pagi kami tiba di UiTM Seri Iskandar.


"Abang tunggu Nisa kat surau ni ye. Ingat pesan Abang, Tenangkan hati dan buat yang terbaik, Abang akan sentiasa doakan sa ye. Ok, Good Luck!" Katanya penuh semangat juang! haha

"InsyaAllah bang, Terima Kasih sangat-sangat!" Kesat air mata, salam tangan, senyum dan terus pergi..heeee

Sebenarnya memang agak gementar, tapi cuba tarik nafas dalam-dalam, rileks...dan Alhamdulillah legaaaa.

Setibanya Nisa di Faculty Of Art & Design, alangkah terkejutnya, Nisa dipertemukan oleh 2 orang kawan sekelas nisa di UiTM Shah Alam dulu.  Sungguh sangat teruja!

"Nisa! aishh, kenapa muka pucat je ni?sihat tak ni?"
"Alhamdulillah, sihat, sihat"
(Padahal kepala ni pusinggg pusingg dah, 4 jam bonceng motor meredah kesejukan pagi) huuuuu
Tapi seronok sangat dapat jumpa kawan kawan kat sini, sekurang-kurangnya adalah teman hilangkan tekanan kan.

Lebih kurang 20 orang candidate waktu tu, semua nampaknya sedang bertungkus lumus, menghafal.

Ok, First Session yang Nisa kene buat adalah, sesi "Introduce yourself", lepastu sesi Jawab soalan yang berkaitan UiTM dan Principle of design lah.

OK, Tips nisa nak bagi kat sini,
~ Masa bercakap tu mesti ada Confident yang tinggi
~ Suara Mesti Jelas
~ Jawapan mesti releven, bernas dan padat.

Semua in English tau! Jangan sesekali mix bahasa melayu dan BI, kecuali panel yang bertanya tu bercakap menggunakan bahasa melayu.

Walaupun tak teror sangat BI, tak apa, yang penting apa yang kita terangkan tu dorang faham dan ingat mesti Jelas, jangan lembik lemau je tau. Sebab kalau kita perasan, bila kita berbicara menggunakan nada yang kuat yakni lantang, ia akan membantu menghilangkan rasa gugup dalam diri kita sebenarnya.

Lagi satu, anggap je panel-panel didepan tu, kawan-kawan kita yang dah lama kita kenal, walaupun sebenarnya macam-macam rupa dah kita nampak kat depan tu, kadang-kadang ada yang macam singa, bengis je, ada yang panel fokus gilerrr kat kita, tengok kita macam harimau.haha, ada yang buat 'dekkk' pon ada. so, kita just go on je, bercakap jangan gagap. sebab time ni dia nak tengok tahap keyakinan diri kita banyak mana. Kalau tak dengar apa yang panel tanya, just minta dia ulangi balik dengan nada yang lembut, muka yang kesian tetapi bersunguh-sungguh. hehe

Lepastu, Sesi Mock-teahing!
Ok, time ni, Subhanallah, memang sangat-sangat takut. sebab dalam 15 orang panel ada dalam kelas tu. Panel tu semua juga merupakan pensyarah faculty of art and design yang berlakon jadi student gittew. Awas! pen dan kertas ada di tangan mereka, untuk membuat penilaian! 

Masa kita dapat surat tawaran temuduga tu, sebenarnya dia ada bagitahu, kita boleh ambil apa-apa je tajuk berkaitan Art and design yakni department yang kita belajar sebagai tajuk utk session mock-teaching nanti. So, korang jangan salah pilih tajuk. pilih tajuk atau bab2 yang korang memang pro dalam bidang tu, sediakan slide yang berkualiti sbb nanti ada dalam 7orang dari 15 org panel tu akan tanya apa yang kita ajar dorang tu. walaupun sebenarnya dia tahu, dorang buat-buat tak tahu sebab dia nak tahu tahap mana knowledge kita dalam sesi pengajaran tu....errr, banyak pulak perkataan 'tahu' disituh!hihi

Tips kat sini,
~ sama jugak, suara lantang, confident dengan ulasan yang kita berikan, bahasa English biar jelas.
~ Baca dan ingat betul-betul basic and principle of art and design.
~ Fokus, dan bersungguh-sungguh memberi penerangan
~ Eye contact jaga
~Berikan ruang untuk doarang bertanya (walaupun serammm dengan soalan2 mereka)
~ Ingat! kaji selidik betul2 bab tu, biar sampai ke akar umbi, sebab soalan-soalan dorang nanti memang tak terjangkau dek pikiran.
~ Untuk yang Interview same department macam nisa,korang mesti prepared siap2 artwork2 yang berkaitan dengan tajuk micro teaching tu.
~ pastikan ada mock-up atau apa2 bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan serta menambahkan markah kita nanti.


Alhamdulillah,
Nisa berjaya lulus 2 bahagian. Ada yang dah balik sebab tak lulus First Session tadi.... :(
Tapi Alhamdulillah sangat-sangat sebab nisa lulus kedua duanya. dalam 20 orang tadi 10 oarang sahaja yang terpilih untuk Temuduga kali ke-2 termasuk kawan nisa yang dua orang tu. Alhamdulillah. Sungguh tak percaya. 2 Minggu kemudian, nisa kena datang lagi kat sini untuk temuduga kali kedua dan terakhir itu bersama Timbalan Pengarah Uitm, dan seangkatan dengannya. Errrr! sangat-sangat takut,
banyak perkara kene buat dan study. Nisa kene perkemaskan bahasa English, kene study backgroud, Misi, Visi Uitm, Ingat nama menteri-menteri, isu semasa, dan banyak lagi. Aduh, takutnya....
Ok, kita tunggu next episod pula ye, bila free nisa hapdate tau... ok daaaaaa!




Bersambung lagi..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^