nuffnang

Thursday 16 April 2015

Cara-cara memakai pemerah pipi

Jam 4 pagi,
Jom belajar make up!  haha..pepagi buta ajak orang belajar make up, hihi
Disebabkan ketidaklenaan ketiduran, fikiran melayang memikirkan cara-cara memakai pemerah pipi ataupun blusher.Tetiba! haha Pagi pun pagi lah labuuuuu...ada haku kesah! lari hantu kak limah tengok nisa buang tebiat pepagi buta ni..hahahahhahaha

Jom lah layan hasil kajian nisa dari professsor google.. kihkih


Sebenarnya ramai wanita yang tak tahu menggunakan pemerah pipi, sebab tulah kadang-kadang kita tengok individu itu kelihatan pelik dan kurang menyerlah kerana silap memilih warna pemerah pipi mengikut warna kulit dan salah teknik meng'apply'kan nya pada bentuk wajah mereka.

Hmmm, nisa pun sebenarnya tak pandai pun guna benda alah ni, lagipun nisa jarang make up tebal tebal nih, jarang ke atau memang tak penah make up tebal nisa oii? huhu. 
Ops! Tapi adalah sekali nisa make up tebal, time kawin dulu..tp tu orang lain make up kan ler..hahaks.

Tapi sejujur jujurnya memang nisa tak pandai, sebab nisa rasa kalau make up ni macam tak sesuwai tang kening tu, hehe nanti kang bertambah pelik..Biasanya kalu nak keluar pun setakat tepek bedak sikit, lipstik secoitt, ok dah, siap! haaa, macam tu lah hari-hari.
So dikeheningan pagi ini , marilah kita belajar cara-cara menggunakan pemerah pipi untuk tampil bergaya di hadapan kekasih halal untuk kita... krik! krik!


Pertama sekali, kenalpasti bentuk wajah anda! hmmm...yang mana satu kah???





 
 Teknik sapuan


Jenis-jenis pemerah pipi yang dijual di pasaran, antaranya adalah ;

Powder Blush


Pemerah pipi jenis ini adalah sangat terkenal dan mudah didapati, serta terdapat dalam pelbagai pilihan warna. Ia selalunya didatangkan dengan dua warna, iaitu warna lembut dan warna terang. Jadi, anda boleh menggabungkan kedua-dua warna tersebut, dengan memakai yang lembut dahulu dan diikuti dengan yang warna terang.


Cream Blush




Pemerah pipi ini adalah sangat sesuai bagi wanita yang telah berusia, ataupun bagi individu yang mempunyai kulit kering. Ini adalah kerana, pemerah pipi jenis ini akan memberikan kesan lembapan kepada kulit kering dan amat mudah untuk dipadankan dengan sebarang tone warna kulit.


Gel Stain / Liquid Blush




Pemerah pipi jenis ini amat sesuai bagi wanita yang berusia muda dan yang memiliki kulit wajah yang licin serta halus. Ini adalah kerana, pemerah pipi jenis ini akan memberikan kesan berkilau dan kulit wajah akan kelihatan semulajadi. Namun begitu, dinasihatkan agar segera mencuci tangan selepas menyapu ke wajah, kerana pemerah pipi jenis ini adalah pekat.



**Selamat menconteng, hihi**



4 comments:

  1. wow! tak sangka kekdah sapu tu ikut jenis raut muka. hahahaha. dulu main sapu ja. tp sekarang dah lama tak pakai blusher. dah berbelas tahun tinggal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..tp kekadang nisa konfius dgn bentuk muka sendiri, cane tu..haha

      Delete
  2. Isnin ni boleh la apply cara kat atas masa nak gi kerja. Thank you.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg menarikk.. ramai lah blushing nntii hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^