nuffnang

Tuesday 16 June 2015

Allahhuakhbar!

Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor ?




Ya Allah...

Belum reda terkejut mendengar berita Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor, ditambah pula dengan kejutan anak-anak kapal yang hilang itu salah satu nya merupakan suami sahabat baik nisa sendiri, Nornabilah Hj Razali.

Ya Allah, hebat sungguh dugaan untuk mu sahabat. Nabilah baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki hasil perkahwinannya dengan Mohd Awis Aiman pada awal tahun 2014 yang lalu. Semoga kehilangan ini hanyalah sementara waktu cuma, dan berharap segalanya kembali seperti sediakala. Jauh disudut hati ini, nisa jua mengharap semoga semua ini hanyalah mimpi semata mata.

Nisa masih belum menghubungi nabilah, sebab terbaca satu posting dari keluarganya untuk tidak terus menghubungi dan menyerbu nabilah dengan pelbagai soalan lagi. Sungguh emosinya sangat tidak terkawal tika ini. Ye! beliau memerlukan waktu...nisa cuba meletakkan diri ini seketika ditempatnya, Subhanallah! Sungguh nisa tidak mampu Ya Allah.. tersekat nafas ini bilamana membayangkan keadaannya. Apatah lagi sahabat nisa itu lemah semangat orangnya. Ya Allah kuatkanlah dirinya ya Allah. Saat ini Nisa cuma mampu berdoa dari jauh, semoga suaminya dan anak-anak kapal yang lain selamat dari segala musibah yang tidak diingini.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah proses pencarian kapal ini, dan Kau pertemukanlah ianya kembali, sesungguhnya kami betul-betul memerlukan pertolongan-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin~

Kepada Nabilah sahabatku, bertabahlah sayang...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, semoga dikau diberi ketabahan yang kuat dan kesabaran yang menggunung dalam mengharungi rintangan yang maha hebat ini.


Semak senarai nama anak kapal

Baca lagi info seterusnya dengan klik halaman berikut :




Selawat Tafrijiyyah
Antara kelebihan Yang mengamal selawat ini :
  •  Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  •  Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  •  Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  •  Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
  •  Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
  •  Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  •  Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  •  Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.


Cara Bacaan :
Imam ad-Dainuri r..a.
  • 11 x : setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  • 41 x : setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  • 100 x : setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  • 313x : setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  • 1000x : tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
  • 41 x / 100x : Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Klik untuk baca fadhilat selawat ini

Klik untuk baca Cara & Doa Mengembalikan Harta Yang Hilang









4 comments:

  1. Salam takziah buat kawan sis..smga Allah permudahkan urusannya skga dn smga juga kapal yg hilang dpt jumpa segera..

    Ya Allah kpdMu kami berserah..

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat kawan sis..smga Allah permudahkan urusannya skga dn smga juga kapal yg hilang dpt jumpa segera..

    Ya Allah kpdMu kami berserah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. Terima kasih, InshaAllah.smg Allah tunjukkan jalan..Aaminnn

      Delete
  3. Baru tahu tentang berita ni. Semoga Allah permudahkan pencarian mereka.

    Nak jemput join GA
    http://www.dayanazahari.com/2015/06/dayana-and-durratunkhayla-surprise.html

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^