nuffnang

Saturday 22 August 2015

Aku Budak Seni : Water Color

First time jejak kaki dalam studio as a lecturer, waktu tu umur baru 23 years old, aku berbaju kurung bebunga pink, sandang handbag Gucci berwarna coklat sambil memeluk mesra teaching portfolio di dada. Waktu tu banyak benda duk merewang dalam kepala, padahal awal awal memang dah prepare apa yang nak di ajar untuk hari tersebut.
 
 "1st class, tak perlu lah nak details sangat mengajar, kata hati.. lagipun seperti biasa mestilah ada sesi suai kenal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula."
 
Langkah kaki dihayun menuju ke kelas yang agak bising, sehinggalah sampai ke destinasi, aku melangkahkan kaki kanan sambil mengangkat tangan mengetuk pintu tanda meminta perhatian. Tapi kelihatan tiada respon dari pelajar, masing masing buat endah tak endah ditambah pula ada yang mula memandang pelik kearahku.
 
Aku diam dan tersenyum... memberi waktu.
Beg yang disandang ku letak di atas meja bersama portfolio tadi.. tapi suasana still jugak bising walaupun sorang dua dah mula perasan kelibatku dihadapan.
 
"Assalamualaikum" Aku bersuara lantang melawan bunyi yang agak bingit.
 
Kelihatan semua kaget dan memandang ke arahku sambil menjawab salam...
Time ni macam macam reaksi boleh tengok, kelakar pun ada...
 
"Errrr....Lecturer ke beb??" Tanya salah seorang pelajar lelaki kepada rakannya yang berada disebelah.
 
"Maaf Miss, Miss Lecturer ke?" Tanya rakannya kepada ku
 
"Ya saya." Jawabku sepatah (boleh pulak dia tanya kita lecturer ke bukan, terpikir sejenak, aih buruk sangat ke aku? kata hati)
 
"Seronok korang berborak , sampai saya masuk pun tak sedar ye" Balasku lagi
 
"Ish, Maaf Miss, kami ingat Miss student tadi" celah pelajar lain dengan raut wajah yang agak serius.
 
Boleh pulak dikatanya kita student, sabo je lah! Ape tak elok ke pakai baju kurung ni masuk studio? ke nak kene pakai kot dulu baru nampak ghupe 'lecturer' ? kekekeke ...
 
Oh! 4 years ago, memang kenangan sangat!!
 
Maaflah, kat bawah ni nisa nak tempek artwork water color time dip & degree dulu dulu. Tak cantik pon takpe aih.. haha!
Harapan di hati, moga moga terjumpa artwork water color yang lain masa dip yang lalu.. tapi rasanya semua dalam external hardisk yang hilang tu dah.. huhuks!


"Punca Rezeki"
Media : Water color on paper
 

"Pepohon Taman Negara Pahang"
Media : Water color & Technical pen on paper
 

"Mencari - Taman Negara Pahang"
Media : Water color & Technical Pen on paper
 

"Turn"
Media : Water color & Technical pen on paper
 

"Masjid - Shah Alam"
Media : Water color on paper
 

"Flower"
Media : Water color on paper


"Galeri - Shah Alam"
Media : Water color on paper


"Periuk Kera "
Media : Water color on paper


"Nuri"
Media : Water color on paper


"Taman Tasik"
Media : Water color on paper


"Tersadar"
Media : Water color on paper











 

2 comments:

  1. wah...budak seni ehh...saya pun..huhuhuhu..salam perkenalan dr budak seni..www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oit! jumpa geng :) Salam perkenalan dr nisa juga ^_^

      Delete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^