nuffnang

Thursday 20 August 2015

Resipi Kek Batik Mudah

 
Bahan-Bahan :
 
  • 1 Senduk Serbuk koko
  • 1/2 Plastik Milo (250g) - lagi banyak lagi sodap!
  • 3 Sb Gula - Tak nak letak pun takpe kalo taknak manis
  • 1/2 Cawan Air - Kalau agak pekat boleh tambah lagi
  • 1/2 Cawan susu Pekat
  • 3/4 Cawan Marjerin/ Buttercup
  • 1 Biji telur -taknak letak pun takpe
  • 1 Paket biskut Marie

Cara- cara :
  1. Patah kan biskut marie -patah 4
  2. Masukkan semua bahan di atas kedalam kuali dan kacau
  3. Panaskan di atas dapur menggunakan api perlahan dan gaul sebati
  4. Masukkan biskut marie yang dipatahkan dan kacau
  5. Tutup api bila biskut dah agak lembut.
  6. Lapik plastic didalam Loyang sebelum memasukkan adunan
  7. Bila adunan dimasukkan ke dalam loyang, tekan untuk mampatkan dengan menggunakan plastic
  8. Masukkan ke dalam peti semalamam untuk disejukkan


Ini bukan patah 4, ini patah patah malaih nih..wakakaka ;p





 
Tips :
  • Untuk dapatkan potongan kek batik yang cantik dan kemas, pastikan kek betul betul sejuk sebelum memotongnya.
 
 


Ada budak tak sabau sangat nak ngapp! soooo cenggini ler ghupenya kalau kek tak sampai 5 minit masuk peti dah kene potong! Krikk!
 
So nak cantek molek takdek rambu rambai macam dalam gambo kat atas tu, tunggu kek betol betol sejuk dulu na baru kita zassssss!




Selamat mencuba :)






 




 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^